:: PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING (LPBK) 2018

Semua gbk hendaklah memuat turunkan tapak pelaporan ini utk digunakan bagi pelaporan perkhidmatan bimbingan & kaunseling (LPBK) serta Instrumen Penilaian 2018.
Sila rujuk proses kerja yang diberikan melalui surat JPNPP. Pautan tapak pelaporan adalah spt berikut.
>> Tapak Pelaporan Perkhidmatan BnK
>>  Instrumen Penilaian Bilik
>>  Instrumen Penilaian Kendiri (Rendah)
>>  Instrumen Penilaian Kendiri (Menengah)

:: PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN ASRAMA

Program Pemantapan Pengurusan Asrama bersama Warden dan Kaunselor Asrama pada 25 September 2018.
Pihak sekolah yang telah hadir program berkenaan, boleh dapatkan bahan interaktif (Kebitaraan, SisKA)

Muatturun
> KEBITARAAN
> SISKA

:: PELAPORAN PENILAIAN KENDIRI PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Berikut adalah alamat sambungan (link) Google Form Borang Laporan Penilaian Kendiri PBK 2018 yang dikelompokkan mengikut PPD. Sila klik mengikut PPD masing-masing dan isikan semua maklumat dikehendaki dan hantar borang tersebut setelah selesai diisi. Sila baca bersama proses kerja yang dihantar bersama-sama surat dari Unit HEM JPNPP bertarikh 20 September 2018.   




MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Jumlah Sesi Kaunseling Individu berakhir pada 30 Ogos 2018 sepatutnya 110 sesi 
Cara pengiraan untuk mendapatkan peratus pelaksanaan  [ Jumlah sesi individu/ 110 x 100]

2. Jumlah Sesi Kaunseling Kelompok berakhir pada 30 Ogos 2018 sepatutnya 32 sesi /minggu. 
Cara pengiraan untuk mendapatkan peratus pelaksanaan  [ Jumlah sesi kelompok / 32 x 100]

(Sila ambilkira jumlah sesi di atas untuk mendapatkan markah untuk Bahagian 3)

:: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2018

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yan akan dilaksanakan di semua sekolah.  Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid disamping mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktivit pembelajaran di sekolah.

Pelaksanaan PPsi pada tahun 2018 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Tiga dan Tahun Enam di sekolah rendah dan semua murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah.  Jadual pelaksanaan adalah seperti lampiran berikut :

1. Lampiran A  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 2018
2. Lampiran B  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 3
3. Lampiran C  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6
4. Lampiran D  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1
5. Lampiran E  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3
6. Lampiran F  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 4
7. Lampiran G :  Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 5
8. Lampiran H  : Rumusan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik 2018

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah mentadbir PPsi Tahun 2018 berdasarkan jadual yang dilampirkan bersama surat arahan berkaitan.

>> Muatturun

:: MANUAL PENGESANAN MURID LEPASAN SPM

1.  Manual Pengesanan Murid Lepasan SPM _Sistem eProfil Kerjaya Murid (SePKM)
2.  Manual Pengesanan Murid Lepasan SPM _Sistem eProfil Kerjaya Murid (SePKM) Guru Bimbingan dan Kaunseling

:: PENILAIAN KENDIRI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang melaksanakan proses Penarafan Standard Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling sekolah-sekolah Pulau Pinang bagi tahun 2017 selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki melaporkan dapatan penilaian kendiri perkhidmatan bimbingan kaunseling sekolah tuan menggunakan platform “Google Form” yang boleh diakses melalui pautan berikut mengikut PPD masing-masing:

          a.  > PPD Timur Laut.
          b.  > PPD Barat Daya
          c.  > PPD Seberang Perai Utara
          d.  > PPD Seberang Perai Tengah
          e.  > PPD Seberang Perai Selatan

Mohon kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan laporan tersebut sebelum 17 Julai 2017. Salinan dapatan Instrumen Penilaian Kendiri Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing.

:: GUIZHOU GOVERMENT SCHOLARSHIP FOR SOUTHEAST ASIA 2016

Kerajaan Guizou (Republic Rakyat China) ingin menawarkan Biasiswa kepada 55 orang pelajar dari Asia Tenggara yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Wilayah Guizhou bagi Tahun Akademik 2016.  Biasiswa ini dibiayai oleh Kerajaan Guizhou yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Guizhou.


Biasiswa ini terbahagi kepada 2 kategori :
>  Biasiswa Penuh (5 orang)
>  Biasiswa Separa (50 orang)

Tarikh tutup permohonan  25 Jun 2016 

Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan dokumen lengkap mengenai Biasiswa ini yang mengandungi maklumat berkaitan biasiswa, syarat kelayakan permohon, prosedur pemilihan, borang permohonan serta prosedur permohonan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diemel kepada secretariat@seameo.org




:: SPBT 2016

Berikut disediakan borang contoh dan borang kosong SPBTG dalam bentuk excel bersaiz A4, Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks dan borang pelupusan.
Diharap guru-guru dapat menjalankan Pengurusan SPBT dengan lebih mudah.
Borang maklumat guru perlu diemelkan kepada suraiza@jpnpp.edu.my


01 Borang G Pindaan (Kosong)
01 Borang G Pindaan (Contoh)
Instrumen Pemantauan Kendiri Pengurusan Buku Teks
Pelupusan
Maklumat Guru

:: PEMOHONAN BIASISWA KECIL NEGERI TAHUN 2016

Pada tahun ini permohonan bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN) akan dibuat melalui penghantaran data oleh pihak sekolah.  Permohonan boleh menggunakan borang pemohonan BKP sedia ada. Ini memandangkan permohonan BKP/BKPU telah ditangguh sementara waktu sehingga dimaklumkan oleh pihak KPM.

Data permohonan BKN (softcopy) perlu dihantar dengan menggunakan format lampiran khas yang boleh dimuat turun dan dihantar melalui dari laman blog ini pada atau sebelum 6 Mei 2016. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan tiada tawaran Biasiswa Kecil Negeri akan dibuat kepada murid-murid sekolah tuan.

>> Lampiran Permohonan BKN

:: PROGRAM BIASISWA RMHC

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2016
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. 

Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 April 2016 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.