:: SKIM ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR NASIONAL (SANTUN) 2014

Pihak YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) berhasrat untuk meneruskan Skim SANTUN dalam usaha membantu meringankan beban anak-anak yatim/miskin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berpeluang menyambung pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menyenaraikan calon-calon untuk Anugerah SANTUN 2014 berdasarkan syarat dan keperluan yang ditetapkan.

Keperluan calon mengikut kategori – kategori bagi Skim SANTUN adalah seperti berikut :-

 a) Pencalonan SANTUN Nasional (lepasan SPM bagi yg muslim sahaja)
  - bilangan adalah seperti senarai dilampiran I

 b) Pencalonan SANTUN 1 Malaysia (lepasan SPM )
  - 1 orang peserta bagi setiap negeri

 c) Pencalonan SANTUN Junior (lepasan PMR)
  - 2 orang peserta bagi setiap negeri 

Pemilihan peserta dibuat berdasarkan kriteria yang telah digariskan oleh Panel Amal Jariah YaPEIM adalah seperti berikut:
 
i) Calon mestilah warganegara Malaysia

ii) Kecemerlangan pencapaian akademik sekurang-kurangnya 8A dalam PMR (bagi SANTUN Junior) dan sekurang-kurangnya 8A dalam SPM (bagi SANTUN Nasionaldan SANTUN 1Malaysia) atau pun pelajar terbaik di parlimen berkenaan pada tahun 2013.
 
iii) Calon mestilah dari kalangan anakyatim (yatim kematian ibu @ bapa/yatim piatu) atau pun anak dari keluarga miskin (pendapatan isi rumah hendaklah diselaraskan dengan Unit Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU)

iv) Calon mestilah seorang pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi, aktif dalam bidang kokurikulum serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah, atau mukim atau negeri.

 MUAT TURUN
>> Borang Santun Nasional
>> Borang Santun Junior
>> Borang Santun 1Malaysia

:: TAKLIMAT PENGEMASKINIAN APB SKIM BIASISWA SUKAN (SBS) KPM 2014

Proses membuat semakan dan mengemaskini permohonan atlet murid dalam sistem APB Hadiah SBS boleh dilakukan oleh Guru Biasiswa sekolah tuan mulai 19 hingga 31 Mei 2014 iaitu selepas tarikh pengisian permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

Pihak sekolah dipohon menghantar PK Koku dan Guru Biasiswa sekolah tuan untuk menghadiri taklimat berkenaan perkara di atas mengikut ketetapan di bawah:



DAERAH
MASA DAN TEMPAT

TIMUR LAUT &
BARAT DAYA

Tarikh              :  21 Mei 2014
Tempat            :  Dewan SMK Sungai Ara
Masa               :  8.30 am – 1.00 pm


SELATAN &
TENGAH(20 SEKOLAH)

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Selatan
Masa               :  8.00 pagi – 12.00 tengah hari


UTARA &
TENGAH (10 SEKOLAH)
-       Lampiran A

Tarikh              :  22 Mei 2014
Tempat            :  Dewan Seminar, PPD Utara
Masa               :  1.30 – 5.00 petang



Para peserta adalah dipohon untuk membawa bersama komputer riba, dongle YES dan wayar sambungan untuk kegunaan semasa bengkel.

SENARAI  NAMA  SEKOLAH  MENENGAH  DAERAH  SPT –
TAKLIMAT SKIM BIASISWA SUKAN  DI PPD UTARA
1.  SMA  FAQIAH  DAIMIAH
2.  SMA  DAERATUL  MAARIFIL  WATANIAH  2
3.  SMK  TAMAN  INDERAWASIH
4.  SMK  SEBERANG  JAYA
5.  SMK  SAMA  GAGAH
6.  SMK  PERMATANG  PASIR
7.  SMK  PENANTI
8.  SMK  MENGKUANG
9.  SMK  GUAR  PERAHU  INDAH
10.  SMK  GUAR  PERAHU

:: KURSUS PENGURUSAN ASRAMA KEPADA PENYELIA

Kursus Pengurusan Asrama kepada Penyelia Asrama telah diadakan di Eagle Bay Langkawi pada 4 - 7 Mei 2014.  Antara isi kandungannya adalah Fail Meja.
Berikut adalah fail berkaitan Fail Meja untuk kegunaan Penyelia Asrama:
>>  Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 (MPK dan Fail Meja)
>>  Contoh Fail Meja Penyelia Asrama
>>  Powerpoint Fail Meja