:: TAWARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) BAGI TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa senarai nama murid yang ditawarkan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) bagi tahun 2014 sudah boleh disemak di dalam Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my mulai 17 Julai sehingga 17 Ogos 2014. 

Semua sekolah yang terlibat diminta untuk:

  • mencetak surat tawaran murid,
  • mengunci masuk nombor akaun BSN (murid tidak berkelompok) dan 
  • mengemaskini maklumat setuju terima/tolak tawaran biasiswa melalui laman sesawang dan dalam tempoh masa seperti dinyatakan di para di atas.
Kegagalan untuk mengunci masuk nombor akaun BSN dan mengemaskini maklumat setuju terima tawaran akan menyebabkan murid tersebut dikira sebagai menolak tawaran.

:: PERINGATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI DI SEKOLAH

Kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan yang mendadak terhadap penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Justeru pihak PPD dan sekolah dipohon  mengambil perhatian dan tindakan terhadap pelbagai faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi sebagaimana yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 (boleh didapati daripada laman web KPM  - www.moe.gov.my bahagian bawah di pautan pantas, muat turun, garis panduan – Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah).

Sehubungan dengan itu, tuan dipohon mengambil tindakan seperti berikut;

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi   Peringkat PPD dan sekolah.
  2. Mengadakan penerangan khas dalam perhimpunan pada 21 Julai 2014 (Isnin), tentang pendidikan pencegahan deman denggi dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.
  3. Melaksanakan aktiviti “Cari dan Musnah” tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes pada minggu terakhir (21 hingga 25 Julai 2014) sebelum cuti Hari Raya bagi mengelakkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) ke dalam pam tandas dan tempat takungan air.
  4. Mengadakan brosure dan mengedarkan kepada semua murid dan warga sekolah tentang pencegahan deman denggi, dan meminta semua murid menyampaikan kepada ibubapa/penjaga masing-masing.
  5. Memberi penerangan secara berterusan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  6. Membuat laporan tentang program/aktiviti yang telah dijalankan kepada pihak Unit HEM, Pejabat Pendidikan Daerah dan PPD melaporkan kepada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (Borang CA1)


Borang KD 2 (pindaan 2004) Laporan Kajian Aedes Di Sekolah hendaklah dihantar ke Unit HEM PPD dan Unit Vektor PKD pada atau sebelum 5hb. setiap bulan. Mana-mana sekolah yang dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia boleh diberi Surat Tunjuk Sebab oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam melaksanakan kempen Aedes sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan sila berhubungi dengan  Hj. Yhaya bin Hussin – Penyelia Kanan Kesihatan,  Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (No. Tel : 04-6521044).

>>  Borang CA1
>>  Surat Peringatan
>>  Pekeliling Ikhtisas  2/1982
>>  Buku Panduan


:: PERMOHONAN SKIM BIASISWA UNTUK ANAK-ANAK PEKEBUN KECIL

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengurusan RISDA telah meluluskan Skim Biasiswa untuk Anak-anak Pekebun Kecil.
Ianya adalah satu pemberian bantuan kewangan sebanyak RM500 secara 'oneoff' kepada anak-anak pekebun kecil.

Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:
i.  Warganegara Malaysia
ii. Terbuka kepada semua anak pekebun kecil di Tingkatan 4 pada tahun 2013 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
iii. Permohon mestilah memperolehi markah sekurang-kurang 60 peratus / atau gred C bagi empat matapelajaran teras semasa peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4.
iv. Keutamaan kepada yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan.
v. Mempunyai pendapatan kasar sekeluarta tidak melebihi RM2000.00 sebulan.
vi. Tidak pernah menerima sebarang biasiswa, bantuan atau tajaan daripada mana-mana pihak.


Borang Permohonan boleh diperolehi secara online dengan melayari laman web rasmi RISDA di www.risda.gov.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 Julai 2014