:: PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN 1MALAYSIA (PBP1M) UNTUK PELAJAR-PELAJAR MISKIN

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia telah dilanjutkan dengan kebenaran KPM sehingga 31 Disember  2014  Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membantu pelajar-pelajar Melayu yang miskin.

Objektif PBP1M adalah membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam aliran sains kepada pelajar-pelajar miskin yang mempunyai potensi akademik yang baik serta membantu pelajar yang miskin dan gagal mendapat pembiayaan pembelajaran yang mencukupi daripada mana-mana agensi kerajaan.

Syarat-syarat kelayakan minimum adalah:

a.    Pendapatan Ibu bapa tidak melebihi RM3000
b.    Mendapat kepujian dalam:
   • Bahasa Melayu
   • Matematik Moden
   • Sains atau Fizik atau Kimia atau Biologi
   • 2 subjek lain dan;
   • Lulus Bahasa Inggeris

Pihak sekolah diminta untuk memaklumkan maklumat berikut kepada pelajar atau bekas pelajar lepasan SPM sekolah tuan yang berminat.  Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Maklumat Pendaftaran PBP1M 2014 (Lampiran B).
Borang pendaftaran PBP1M perlu dihantar kembali kepada alamat di bawah sebelum 12 September 2014:

Program Biasiswa Pendidikan 1Malaysia (PBP1M)
Putra Shop Lot 4, Putra Palace Hotel,
135, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak sekretariat PBP1M di talian 0199152334/012-9281085/0107051000 atau email ke pbp1m_sekretariat@yahoo.com.

Semoga hasrat kita membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar miskin seluruh Negara akan tercapai dengan jayanya.