:: PEMOHONAN BIASISWA KECIL NEGERI TAHUN 2016

Pada tahun ini permohonan bagi Biasiswa Kecil Negeri (BKN) akan dibuat melalui penghantaran data oleh pihak sekolah.  Permohonan boleh menggunakan borang pemohonan BKP sedia ada. Ini memandangkan permohonan BKP/BKPU telah ditangguh sementara waktu sehingga dimaklumkan oleh pihak KPM.

Data permohonan BKN (softcopy) perlu dihantar dengan menggunakan format lampiran khas yang boleh dimuat turun dan dihantar melalui dari laman blog ini pada atau sebelum 6 Mei 2016. Kegagalan pihak sekolah menghantar data akan menyebabkan tiada tawaran Biasiswa Kecil Negeri akan dibuat kepada murid-murid sekolah tuan.

>> Lampiran Permohonan BKN

:: PROGRAM BIASISWA RMHC

Seperti tahun-tahun lepas, RMHC Malaysia atau Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia sekali lagi ingin meneruskan pemberian biasiswa kepada murid-murid yang layak.
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.  Tingkatan 1 sekolah harian pada tahun 2016
2.  Pendapatan tidak melebihi RM1500
3.  Keputusan cemerlang UPSR - sekurang-kurangnya 4A
4.  Aktif ko kurikulum & sukan
5.  Rekod disiplin yang baik.

Pihak sekolah di negeri Pulau Pinang yang ingin mencalonkan murid yang layak (2 orang murid setiap sekolah) bolehlah memuatturun fail berkaitan. 

Borang permohonan tersebut hendaklah dihantar kepada Penolong Pengarah Tajaan dan Biasiswa, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang selewat-lewatnya pada atau sebelum 19 April 2016 jam 12.00 tengahari.  Borang-borang yang lewat diterima tidak akan dilayan.

:: PROGRAM PENERAJU TUNAS GELIGA TAJAAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

Surat Makluman berkaitan Program Peneraju Tunas Geliga KPM : KPMSP 600-10/22/6 Jld 13 (3) bertarikh 14hb. Mac 2016 adalah dirujuk.

Program Peneraju Tunas Geliga adalah program biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mensasarkan murid-murid lepasan UPSR yang berpotensi daripada isi rumah berpendapatan rendah dan latar belakang yang mencabar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Peneraju sejak tahun 2015.  Penyaluran wang biasiswa adalah melalui Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Bilangan 1/2016 yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tan Sri KSU, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 Februari 2016 telah memutuskan supaya guru yang mengendalikan biasiswa di sekolah hendaklah menguruskan biasiswa oleh Yayasan Peneraju.  Guru Biasiswa perlu memantau penggunaan biasiswa tersebut dan mengemukakan laporan penyata kewangan tahunan selewatnya pada hujung bulan Oktober setiap tahun.  Contoh laporan boleh dimuat turun di laman sesawang yayasanpeneraju.com.my

Pihak sekolah juga dimohon untuk mengemukakan kepada KPM dan Jawatankuasa Kerja Kolaboratif Yayasan Peneraju tentang pelaporan pencapaian akademik murid penerima biasiswa.  Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat berkaitan :

> Surat Makluman Program Peneraju Tunas Geliga

Sebarang pertanyaan berhubung program Peneraju Tunas Geliga boleh hubungi Puan Masaida Zainudin di talian 03-27279000 atau emel masaida.zainudin@yayasanpeneraju.com.my atau Puan Anis Saleha Mohd Arshad di talian 03-80247723 atau emel anis@gsc.com.my