:: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TAHUN 2018

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yan akan dilaksanakan di semua sekolah.  Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid disamping mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktivit pembelajaran di sekolah.

Pelaksanaan PPsi pada tahun 2018 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Tiga dan Tahun Enam di sekolah rendah dan semua murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah.  Jadual pelaksanaan adalah seperti lampiran berikut :

1. Lampiran A  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 2018
2. Lampiran B  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 3
3. Lampiran C  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 6
4. Lampiran D  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 1
5. Lampiran E  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 3
6. Lampiran F  : Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 4
7. Lampiran G :  Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tingkatan 5
8. Lampiran H  : Rumusan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik 2018

Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah mentadbir PPsi Tahun 2018 berdasarkan jadual yang dilampirkan bersama surat arahan berkaitan.

>> Muatturun